Surprise Me!

Perangkaan | Petunjuk keyakinan naik 3.5 peratus suku kedua

2022-05-26 0 Dailymotion

Jabatan Perangkaan Malaysia mengunjurkan, peniaga kekal positif terhadap prospek perniagaan pada suku kedua 2022 walaupun pada kadar yang perlahan dengan petunjuk keyakinan dicatatkan +3.5 peratus berbanding +7.6 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata meskipun sempadan antarabangsa Malaysia dibuka semula yang dijangka merangsang aktiviti ekonomi, peniaga kekal berhati-hati terhadap prospek mereka di tengah-tengah tekanan inflasi, isu rantaian bekalan dan kekurangan tenaga kerja.